TQ VMUCH TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, July 17, 2009

MARI BERKENALAN DGN CLOTH DIAPER

Cloth Diapers Terdiri Daripada Pocket Pants dan Insert

Pocket Pants atau saya panggil CD sahaja









  • Bahagian Luar dari kain PUL atau fabric polyurethane laminate yang tahan lasak dan waterproof.
  • Bahagian dalam dari Soft Inner Layer atau fabric microfleece/microsuede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
  • Snap Buttons (Butang Katup) : Untuk sesuaikan saiz dari S, M dan L.
  • Pocket Opening : Ruang untuk memasukkan insert/soaker.
Insert/Soaker






  • Berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 4-5 jam.
  • Penyerapannya sama seperti disposable diaper.Cuma insert ni jangan la di buang lepas guna.....masak makcik nanti!
  • Apa yang penting,dengan insert ni,tiada tindakbalas kimia akan berlaku berbanding disposable diaper apabila anak anda pee pee atau poo poo.

Apa itu ONE SIZE CD ?
  • Merupakan CD yang boleh diubahsuai saiz dari S ke M atau L hanya menyelaraskan butang-butang atau zip-zip seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.


  • **Button adjuster


**Zip adjuster








Cloth Diaper lebih sihat

Apa ada dalam Disposable Diaper anak anda??Mari kita lihat....

  • Dioxin telah disenaraikan sebagai bahan yang paling merbahaya dan menjadi punca barah. Diharamkan di banyak Negara kecuali US yang merupakan pengeluar Disposable Diaper terbesar di dunia.
  • Tributyl-Tin (TBT) – sejenis pencemar toksik yang boleh mengakibatkan masalah hormon pada manusia dan binatang. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  • Sodium polyacrylate – Kristal serapan tinggi yang berupa gel.Ia adalah unsur yang sama yang telah dikeluarkan dari tampon kerana kaitannya dengan sindrom kejutan toksik. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.
  • Meningkatkan jumlah bayi mendapat ruam lampin (rashes).
  • Pembiakan bacteria dan ammonia melalui air kencing (urine).
Cloth Diaper mesra alam
  • 50% daripada sampah domestic rumah.
  • Mengambil masa 500 tahun untuk terurai dan mereput dengan sendirinya.
  • Sumber sampah ketiga terbesar, sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
Cloth Diaper lebih bergaya
  • Terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan gaya untuk dipakaikan pada anak-anak kita.
  • Tidak perlu lagi disposable diaper yang diperbuat drpd kertas yang entah berapa kali dikitar semula.
Cara membasuh cloth diaper(CD)
  • Penggunaan kali pertama, CD dan Insert hendaklah dibasuh tanpa sabun. CD sekurangnya 2x manakala Insert sekurangnya 3x. Kenapa ? Membuang sisa kotoran pengilang dan menambah baik daya serapan fabrik terhadap cecair.
  • Buang 'poo-poo' ke dalam mangkuk tandas dengan cara menjiruskannya dengan air dan bilas sebelum dimasukkan ke dalam baldi.
  • CD boleh dibasuh dengan mesin basuh.Membasuh tangan menggunakan berus tidak digalakkan.
  • Gunakan laundry net untuk membasuh CD menggunakan mesin basuh bagi menjaga ketahanan dan jahitan CD tersebut.
  • Gunakan sabun yang paling murah dan biasa di pasaran,yang tiada peluntur atau bahan kimia yang melampau.Contoh: Fab,Daia,Breeze.
  • Sidai di bawah cahaya matahari. Penyidaian di dalam rumah juga boleh dilakukan jika cuaca tidak mengizinkan.
SENANG KAN!!NAK SERIBU DAYA....TAK NAK 1 DALIH PUN DAH CUKUP!

0 komen orang:

Post a Comment